CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 29 June 2012

MATEMATIK SUSAH atau DISUSAHKAN??????

Susah atau DiSusahkan???

“Matematik tu susah” masyhur statement ni...
Tapi berapa ramai yang letakkan kelemahan pada diri sendiri?
“Aku yang malas study, sebab tu rasa math tu susah, kalau ghajin mesti boleh buat” sedikit sahaja yang mengaku kelemahan diri (penulis ni pun sama tak mengaku).

Susah atau DiSusahkan?

Allahlah yang beri faham, dan Allah jugalah yang beri tak faham.
Ini syariatullah.
Sunnatullahnya pula.
Siapa yang rajin mengulangkaji, dia akan faham; dan siapa yang malas nak mengulangkaji, dia akan tak tahu banyak benda.
Hidup ini seimbang kedua-duanya, Syariatullah dan Sunnatullah.
Ada perkara yang boleh diubah, dan ada perkara yang tak dapat diubah.
Jika Matematik itu susah, janganlah kita harapkan, mudah-mudahan Matematik itu suatu hari nanti ‘dia’ akan sedar yang selama ini dia dah susahkan ramai orang yang ambil matapelajaran Matematik, dan ‘dia’ akan insaf dan berubah menjadi satu matapelajaran yang senang dan mudah.
Tapi berharaplah ‘orang yang belajar Matematik’ itu berubah menjadi bertambah rajin menyelesaikan latihan matematik, hafal formula-formula, memahami konsep, selalu berbincang masalah dan soalan, tidak ponteng kelas, dan pendek kata menjadi seorang pelajar yang berusaha keras supaya dia rasa Matematik itu mudah. Sesungguhnya Matematik itu tak boleh diubah sifat kesusahannya, tetapi Manusia boleh diubah sifat kemalasannya.
Barulah Proaktif namanya. (Tabiat pertama dalam 7 tabiat orang yang berkesan (efektif))
Proaktif maknanya meletakkan perubahan bermula dengan diri sendiri dahulu.
Betulkan diri dulu sebelum nak betulkan orang. 

Cakap senang, nak buat susah!
Itulah lumrah dunia, cakap senang, nak buat susah.
Hang cakap senang la, tapi nak buat susah, pakai ayaq’ lioq’ boleh la” sayup-sayup kedengaran fakta yang benar.
Memang tidak dinafikan, perbuatan lagi susah dari perkata. Mudah saja nak sebut “nak makan la”, tapi proses untuk makan itu susah, berjalan kedapur, buka periuk, ceduk nasik, ceduk lauk, ambil cawan, tuang air, tidakkah banyak benda yang nak kena buat untuk boleh makan?

Cumanya, mari kita semak Hadis ini yang bermaksud:
Dari Abi Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa diantaramu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya (mencegah) dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak sanggup maka dengan lidahnya (nasihat). Jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju, tinggalkan!). Dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”    (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Rasulullah juga menyebut tentang perkara ini, perbuat lebih memerlukan kekuatan pada diri dan iman, jika tak mampu dengan perkataan, dan jika masih tak mampu, dengan hati sahaja yang dinisbahkan paling lemah.
Berdasarkan hadis ini:

Level 1: Niat untuk berubah/mengubah (dihati)
Level 2: Menyatakan hasrat untuk berubah/mengubah (perkataan)
Level 3: Mula berusaha untuk berubah/mengubah (perbuatan)
Oleh itu siapa yang berusaha untuk berubah sesungguhnya dia seorang yang kuat. Kita yang sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri kerana kita tidak pernah cuba untuk memudahkannya.

Kesimpulan

Apa yang diperkatakan disini adalah supaya diri sendiri dan rakan-rakan mengubah cara kita berfikir, mengubah paradigma kita. Ini amat penting kerana diri tidak akan berubah selagi ‘mindset’ kita tidak diubah terlebih dahulu.
Kita mudah mendapat kesedaran dan keinsafan, tetapi sukar untuk kita itu berubah diatas kesedaran dan keinsafan itu. Akhirnya kembali mengulangi kesilapan lama. Kenapa ini berlaku? Ini kerana kita telah setkan difikiran kita yang berubah itu susah. Betulkan ayat ini dahulu, sesungguhnya mudah sahaja untuk berubah. InsyaAllah kita pasti berjaya untuk berubah. 

JOM TENGOK VIDEO NI
Adakah anda masih rasa matematik susah??? Fikirkan semula :) Semoga anda akan terus menyayangi Matematik Kita SAM kan?? So think positif...kalau asik fikir susah-susah, macam mana kita nak nampak benda tu senangkan kan... So mulai hari ni, tukar mind set anda, jadikan Matematik rakan baik anda. Amin

Friday 22 June 2012

Hai ANDA disana!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga blog ini. Di harap dengan adanya blog ini dapatlah kita bersama-sama berkongsi ilmu yang luas ni kan (sharing is caring kan). Thanks kepada sesiapa yang sudi membantu memberi tunjuk ajar esp kepada rakan-rakan yang sudi membantu kala susah dan senang (sayang korang lebihlah)...Ok lah cakap banyak pun tak guna kan? Apa-apa pon diharap dengan terhasilnya blog ni sedikit sebanyak dapatlah kita berkongsi-kongsi ilmu dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai manusia samada secara nyata atau maya kan.. Jadi, SELAMAT DATANG ke dunia S.A.M...


Apa S.A.M tu???


SAYANG AKAN MATEMATIK

Moga dengan adanya S.A.M kita akan menjadi dapat belajar untuk menjadi insan yang lebih terpelajar. Amin....