CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 8 September 2012

Pecahan : Latihan

1. Ahmad membeli 1/2 biji tembikai. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia melihat kakak dan ayahnya masing-masing telah membeli sebiji tembikai setiap seorang. Berapakah bilangan tembikai yang terdapat di rumah Ahmad sekarang?






2. Anis memesan sebiji piza yang dihiris 8 untuk dimakan di rumahnya. Walau bagaimanapun, sewaktu sampai di rumah, Anis melihat 2 daripada 8 bahagian piza tersebut telah rosak. Berapa bahagiankah lagi yang masih elok untuk dimakan?






3. 1/2 - 1/4 




4. 3/4 - 1/2




5. 4/6  - 1/2







Pecahan : Tolak




Adik-adik mesti seronok menyelesaikan masalah kek dan pizza tadi kan.Yum, yum..sedapnya.^^
Ayuh! Kita berseronok lagi dengan matematik...




1. Imran  telah membeli 3/4 bahagian epal di kantin sekolah. Dia telah memberikan 1/2 bahagian epal tersebut kepada teman baiknya, Puteri. Berapakah bahagian epal yang tinggal?


Kata kunci operasi tolak : memberikan, tinggal



Bahagian epal asal Imran : 3/4 bahagian

Bahagian epal diberikan kepada Puteri : 1/2 bahagian

Penukaran kepada bentuk lazim : 3/4  -  1/2



i. Samakan penyebut dua pecahan tersebut.

ii. 1/2 didarab dengan  2 untuk menyamakan penyebut  = 2/4

iii. 3/4  - 2/4   = 1/4 


Jawapan:  1/4 bahagian






2. Samad membeli 1 1/2 bahagian coklat di sebuah pasaraya. Setelah memakannya selama 2 hari, Samad mendapati bahawa coklat tersebut hanya tinggal 1/2 bahagian sahaja. Berapa bahagiankah yang telah dimakan oleh Samad?


Saturday 1 September 2012

Pecahan : Tambah




Adik-adik, marilah kita melakukan soalan-soalan yang menyeronokkan di bawah ini pula ye..^^







1.  Adam membeli sebiji kek untuk majlis hari jadinya pada 21 Februari. Sebelum majlis tersebut berlangsung, dia telah mendapat 1/2 kek daripada ayah dan 1/4 kek lagi daripada ibunya. Berapakah jumlah kek yang dimiliki oleh Adam pada majlis tersebut?


                                                                                

                                                                                                               
                                                            



Sebiji kek (1/1)


+



Separuh kek  (1/2)

+



Separuh kek (1/2)










Kata kunci untuk operasi tambah : jumlah




Kek Adam : sebiji ataupun 1/1

Kek diberi ayah : separuh ataupun 1/2

Kek diberi ibu : separuh ataupun 1/2




Jumlah kek dalam bentuk lazim : 1/1 + 1/2  +1/2  
                                                          = 1/1  + 2/2



Pecahan terkecil : 1 + 1  = 2






2.  Intan membeli 1/4 pizza daripada Kedai Roti Azmi. Setelah sampai di rumah, dia merasa lapar dan membeli 1/2 pizza lagi. Berapakah bilangan pizza yang telah dibeli oleh Intan?




1/4 pizza



+
1/2 pizza
untuk pemahaman lanjut, jom tengok video
Selamat mengulangkaji