CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 24 August 2012

Perpuluhan

HASIL PEMBELAJARAN PERPULUHAN:

1. Murid dapat melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  menggunakan perpuluhan.

2. Murid dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi menggunakan perpuluhan dalam situasi harian.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ADIK-ADIK.


SOALAN 1(OPERASI TAMBAH PERPULUHAN)


 

1) Berat Ali ialah 24.6 kg manakala  berat Abu ialah 34.12 kg. Berapakah jumlah berat mereka berdua?
Penyelesaian:

 











Ali = 24.6 kg
Abu = 34.12 kg
Jumlah =??

KATA KUNCI BAGI OPERASI TAMBAH PERPULUHAN IALAH JUMLAH.

Operasi:
1)    Tambahkan berat Ali dan Abu:

          34.12
              + 24.60
                 58.72

KESIMPULAN :
Jumlah berat Ali dan Abu ialah 58.72 kg.




SOALAN 2 (OPERASI TOLAK PERPULUHAN)

Tinggi Amin ialah 1.4 meter dan tinggi adiknya Aminah 1.2 meter. 

Berapakah beza tinggi mereka?

Penyelesaian:

Amin = 1.4 m

Aminah = 1.2 m

Beza tinggi = ?

Kata kunci bagi menyelesaikan masalah ini ialah perkataan

  BEZA.

Untuk menyelesaikan soalan ini, tinggi Amin perlu menolak tinggi Aminah dan perbezaan ketinggian dapat dicari. 
 1.4 m   
-1.2 m 
------------ 
  0.2 m 
------------
                     





Jawapan: 0.2 m.  


3)  Setiap kotak coklat beratnya 0.125 kg. Berapakah jumlah berat bagi 56 kotak coklat itu?



Penyelesaian:

1 kotak coklat = 0.125 kg
56 kotak =?
- KATA KUNCI BAGI OPERASI DARAB PERPULUHAN IALAH JUMLAH. 

OPERASI:

0.125
X         56
               7
            ----
 KESIMPULAN:

 Jumlah berat bagi 56 kotal ialah 7 kg.



4) Seutas tali berukuran 99.9 meter dan dipotong kepada lima bahagian yang sama panjang. Berapakah panjang setiap bahagian?

PENYELESAIAN:













Seutas tali = 99.9 meter
bahagian = ?

 KATA KUNCI BAGI OPERASI BAHAGI PERPULUHAN IALAH BAHAGIAN.

OPERASI:
            99.9 / 5 = 19.9 meter

KESIMPULAN:
Panjang tali bagi setiap bahagian ialah 19.9 meter.
  


LATIHAN PENGUKUHAN: 


1)  Puan Najeha membeli 5 m reben. Beliau menggunakan 2.5 m daripada reben itu untuk mengikat hadiah. Berapa banyak reben yang tidak digunakan?


2) 10.4 kg gula dibungkus sama banyak ke dalam 4 buah peket. Hitung jisim gula di dalam setiap peket.

 Untuk menjadikan pembelajaran kita lebih menarik di sini cikgu sediakan permainan istimewa untuk adik-adik. selamat bermain!

Thursday 16 August 2012

Nombor Bulat : Bahagi



Contoh :

Syarikat Elyana ingin menderma buku sebanyak 12300 buah kepada 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Berapa buah bukukah akan diterima oleh setiap sekolah ?
Kata kunci : 12300 buah buku

 'dibahagikan sama rata kepada'   

30 buah 

Penyelesaian : 

12300 buah buku akan diberi sama rata kepada 30 buah sekolah.
Jadi, setiap sekolah akan menerima 410 buah buku.




12300  30 = 410


Latihan Pengukuhan :



i) 63048  45 = 1401 baki 3



ii) 996  3 = 332

                                                    


Aktiviti

Adik-adik, jom kita cuba buat aktiviti bahagi di bawah ini.
Buat elok-elok ye ;)

Sunday 12 August 2012

Permainan : Darab

Jom Main...


Hai kawan-kawan =’)

Saya sarankan kepada anda semua untuk meluangkan waktu untuk bermain permainan di bawah..

Sangat menarik dan menghiburkan serta dapat meningkatkan tahap kecekapan kita dalam mengira sifir.

Berminat dalam lumba kereta??? Segala peraturan permainan disediakan.
Sila klik di link di bawah...



Menarik bukan???? Jom cuba permainan yang seterusnya... Pasti adik-adik sudah mahir dalam operasi darab....

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!!

Friday 3 August 2012

Cik LATTICE?

Siapa cik LATTICE ni...kawan saya? kawan awak? ok sebenarnya cik Latice ni merupakan kawan kita semua. Cik Lattice merupakan sahabat baik kita dalam melakukan oerasi darab. Pelikkan? Nak berkenalan ngan Cik Latice, rujuk la nota ini

Menarik kan??


Jadi bersahabat baik la dengan Cik Lattice...Beliau sangat membantu anda :)

Wednesday 1 August 2012

Nombor bulat : Darab

Salam sayang buat semua =’)

                                                            

apa khabar adik-adik sekalian?


Jom saksikan video ini....tadaaaa!!!


Apakah yang anda perolehi dan dapat daripada video sebentar tadi?
Pasti berjoget-joget sakan anda semua melihat video itu, bukan?
Anda masih terdapat kekeliruan?? Jika ya,,jom kita selami pula video seterusnya... Tadaaaa!!!
Nampaknya,,anda telah mula memahami apa yang cuba disampaikan daripada video-video sebentar tadi. 
TETAPI
sila dengar dahulu pernyataan yang ingin saya sampaikan ini dan sila menjawabnya.
"Sebuah kotak mengandungi 6 botol minuman. Jika Kilang Minuman Sedap mengeluarkan 950 kotak itu, berapa botol air minumankah semuanya yang dikeluarkan oleh kilang itu dalam masa satu hari?"
JOM FAHAM!!!
Operasi darab adalah operasi yang menyelesaikan dua nombor untuk menghasilkan satu nombor tertentu. Operasi darab juga adalah jalan rentas bagi penambahan berulang.
   
  •  Contoh 1   Sistem komputer Cik Hani boleh mencetak 64 210 perkataan dalam satu minit. Berapa patah perkataan yang dapat dicetakkan dalam masa 8 minit?    
  • CARA PENYELESAIAN 
       6 4 2 1 08       
  •      Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : 
                                                    
 
 hasil darabnya
  • Contoh 2:  Seutas rantai ada 43 biji manik. Berapa biji manikkah yang diperlukan untuk membuat 8107 utas rantai? 
8 1 0 7 X 4 3          
  • Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
i) Apabila mendarab satu nombor dengan nombor 2 digit proses mendarabnya adalah 2 kali.    
ii) Darabkan nombor itu dengan angka sa 3 dahulu. Kemudian darabkan dengan angka puluh 4   
iii) Jumlahkan kedua-dua hasil darab.    
 
                                                                 
.
ok sekarang mari uji tahap kefahaman anda semua =')
200 x 18 = 
75 x 125 =
621 x 97 =
836 x 92 =
43 x 311 =
  
Di dalam sebuah kilang membuat cawan,bilangan pekerja dalam masa sehari ialah 97 orang. Setiap pekerja dikehendaki menyiapkan sebanyak 127 biji cawan. Berapakah biji cawan yang mampu dihasilkan oleh kilang tersebut dalam masa sehari?