CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 28 July 2012

Nombor Bulat:: Penolakan

Adik-adik, apa khabar semua. ^_^

Setelah kita mempelajari mengenai soalan penyelesaian masalah terdahulu, marilah kita menyelesaikan soalan pengukuhan pula.





Soalan:


1. 18 732 - 5678


2. 88 900 - 43 888


3. 23 333- 10 908


4. 11 234 - 7654


5. 99  667  - 34 567



Tuesday, 24 July 2012

Nombor bulat : Penambahan

Contoh 1:


Di perpustakaan sekolah terdapat 11 872 buah buku Bahasa Melayu dan 5121 buah buku Bahasa Inggeris. Berapakah jumlah buku yang ada di perpustakaan sekolah itu?

Jawapan:

kata kunci = jumlah

buku Bahasa Melayu = 11 872
buku Bahasa Inggeris = 5121

jumlah buku Bahasa Melayu hendaklah ditambah dengan jumlah buku Bahasa Inggeris:

  11 872
+  5 121
------------
  16 993
------------



Hasil tambah kedua dua jenis buku ialah 16 993.




Contoh 2:

   78 906
+   3 455                     
------------
   82 351            
------------


Contoh 3 :

56 990 + 5 = 56 995
   56 990
+           5
-----------
  56 995
-----------

LATIHAN PENGUKUHAN

 Imran membeli 1 240 biji buah epal dan 8 250 biji buah manggis. Berapa biji buah yang telah dibeli oleh Imran?


Awanis telah menjual 1 820 buah kereta pada bulan Januari. Dia kemudian menjual lagi 598 buah kereta pada bulan Februari dan 444 pada bulan Mac. Berapakah jumlah kereta yang telah dijual oleh Awanis? 




Cari hasil tambah 56 216 dan 520. Tuliskan jalan kerja anda.




567 + 56 744 =


82 813 + 5 162 =


92 543 + 7 244 =


421 + 27 312 + 996 =


Saturday, 14 July 2012

Teka-Teki Matematik

Siapa kata kalau belajar kena baca buku dan belajar dalam bilik darjah je...Hah, sekarang kan zaman IT, semua kemudahan di hujung jari. Apa kata dengan kemudahan IT sekarang ni kita belajar Matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?



Anda teruja??? OK jom cuba teka - teki yang cikgu da sediakan ni

Selamat Mencuba

Saturday, 7 July 2012

BUNDAR

Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Sama seperti Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Dalam kemahiran perbundaran nombor bulat adalah sukar untuk saya menerangkan kepada pelajar tahun 3 dan tahun 4. Mungkin kerana mereka tidak nampak dimana penggunaan kemahiran perbundaran dalam kehidupan seharian. Pada permulaannya, saya telah cuba membuat hubungkait antara aktiviti penawaran harga barang semasa membeli barang kedai dengan perbundaran, tetapi mereka masih kabur...

Pada hari berikutnya, saya kaitkan gagal-lulus dalam peperiksaan dengan perbundaran. Teknik Visuallisasi digunakan dalam aktiviti tersebut. 

Dalam aktiviti tersebut saya memamparkan visual seperti dibawah;

 

Andaikan terdapat 9 soalan dalam peperiksaan. 

 
Jika hanya 1 soalan sahaja daripada 9 soalan adalah betul, maka keputusannya adalah gagal.

 
Jika hanya 2 soalan sahaja betul, juga dikira gagal


 
Begitu juga dengan hanya betul 3 soalan atau 4 soalan, juga dikira sebagai gagal.

Ini bermakna bilangan soalan yang betul kurang daripada 5, ia dikira sebagai gagal. Manakala 5 soalan keatas, ia dikira sebagai lulus.




Hubungkait dengan Perbundaran.

Dalam perbundaran nombor pula, 1 ditambah pada digit tempat yang ingin dibundarkan sekiranya digit disebelah kanannya adalah 5 dan ke atas iaitu (5,6,7,8 atau 9).


Contoh Langkah Perbundaran.

Soalan:  Bundarkan 5391 kepada puluh yang hampir.

1. Gariskan nilai tempat bagi puluh.

 2. Lihat digit disebelah kanannya, iaitu 1

     Disebabkan digit disebelah kanannya adalah 1 maka nombor ditempat yang ingin dibundarkan dikekalkan.


 Maka apabila 5391 dibundarkan kepada puluh yang hampir, jawapannya adalah 5390.



Istilah "dikekalkan" juga boleh ditukar dengan istilah "tambah sifar" ( + 0 )

Contohnya;

Gariskan  tempat nilai tempat yang ingin dibundarkan iaitu "puluh"
Lihat digit disebelah kanannya, iaitu 1

Disebabkan digit disebelah kanannya adalah 1 maka nombor ditempat yang ingin dibundarkan ditambah sifar ( + 0 )



 Maka apabila 5391 dibundarkan kepada puluh yang hampir, jawapannya adalah 5390. 


Sifir / Jadual Perbundaran.

Sifir Perbundaran digunakan untuk panduan pelajar melakukan proses perbundaran nombor bulat. Antara sifir atau jadual yang boleh digunakan adalah seperti dibawah;



Atau 

 

Atau

 

Sebaik-baiknya, sifir-sifir perbundaran ini difahami dan dihafal


Jom tengok video
"as far as the laws of mathematics refer to reality, they are not certain; and as far as they are certain, they do not refer to reality" - Albert Einstein (14 March 1879 – 18 April 1955)





Wednesday, 4 July 2012

Kuiz : Nombor Bulat

hai semua,,,
hari ni jom kita cuba buat latihan nombor bulat,,

Sunday, 1 July 2012

Nombor Bulat

Hai...sebelum awak semua baca entri ni sepenuhnya, pernah tak awak semua dengan pantun ni


2,3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang,
2, 3 boleh kecari
mana nak sama adik seorang

mesti pernah dengar kan...

agak-agak lah apa tajuk yang saya nak kongsi ngan awak kali ini....??? (cepat, cepat  fikir)
Yeeahh...tentulah NOMBOR BULAT!

ok, hari ini kita akan belajar mengenal nombor dari nombor 1 hingga 20. Rujuk nota yang diberi dibawah ni



kalau da belajar takkan tak ada latihan kan...jadi, kat bawah ni saya ada bagi beberapa latihan sebagai bahan ulangkaji awak semua... Selamat belajar! 



SAM selalu ok. :) Selamat Mencuba