Adik-adik mesti seronok menyelesaikan masalah kek dan pizza tadi kan.Yum, yum..sedapnya.^^ Ayuh! Kita berseronok lagi dengan matematik...
1. Imran telah membeli 3/4 bahagian epal di kantin sekolah. Dia telah memberikan 1/2 bahagian epal tersebut kepada teman baiknya, Puteri. Berapakah bahagian epal yang tinggal?
Kata kunci operasi tolak : memberikan, tinggal
Bahagian epal asal Imran : 3/4 bahagian
Bahagian epal diberikan kepada Puteri : 1/2 bahagian
Penukaran kepada bentuk lazim : 3/4 - 1/2
i. Samakan penyebut dua pecahan tersebut.
ii. 1/2 didarab dengan 2 untuk menyamakan penyebut = 2/4
iii. 3/4 - 2/4 = 1/4
Jawapan: 1/4 bahagian
2. Samad membeli 1 1/2 bahagian coklat di sebuah pasaraya. Setelah memakannya selama 2 hari, Samad mendapati bahawa coklat tersebut hanya tinggal 1/2 bahagian sahaja. Berapa bahagiankah yang telah dimakan oleh Samad?
Adik-adik, marilah kita melakukan soalan-soalan yang menyeronokkan di bawah ini pula ye..^^
1. Adam membeli sebiji kek untuk majlis hari jadinya pada 21 Februari. Sebelum majlis tersebut berlangsung, dia telah mendapat 1/2 kek daripada ayah dan 1/4 kek lagi daripada ibunya. Berapakah jumlah kek yang dimiliki oleh Adam pada majlis tersebut?
Sebiji kek (1/1)
+
Separuh kek (1/2)
+
Separuh kek (1/2)
Kata kunci untuk operasi tambah : jumlah
Kek Adam : sebiji ataupun 1/1
Kek diberi ayah : separuh ataupun 1/2
Kek diberi ibu : separuh ataupun 1/2
Jumlah kek dalam bentuk lazim : 1/1 + 1/2 +1/2
= 1/1 + 2/2
Pecahan terkecil : 1 + 1 = 2
2. Intan membeli 1/4 pizza daripada Kedai Roti Azmi. Setelah sampai di rumah, dia merasa lapar dan membeli 1/2 pizza lagi. Berapakah bilangan pizza yang telah dibeli oleh Intan?
Syarikat Elyana ingin menderma buku sebanyak 12300 buah kepada 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Berapa buah bukukah akan diterima oleh setiap sekolah ?
Kata kunci : 12300 buah buku
'dibahagikan sama rata kepada'
30 buah
Penyelesaian :
12300 buah buku akan diberi sama rata kepada30 buah sekolah.
Jadi, setiap sekolah akan menerima 410 buah buku.
12300 30 = 410
Latihan Pengukuhan :
i) 63048 45 = 1401 baki 3
ii) 996 3 = 332
Aktiviti
Adik-adik, jom kita cuba buat aktiviti bahagi di bawah ini.
Siapa cik LATTICE ni...kawan saya? kawan awak? ok sebenarnya cik Latice ni merupakan kawan kita semua. Cik Lattice merupakan sahabat baik kita dalam melakukan oerasi darab. Pelikkan? Nak berkenalan ngan Cik Latice, rujuk la nota ini
Menarik kan??
Jadi bersahabat baik la dengan Cik Lattice...Beliau sangat membantu anda :)
Apakah yang anda perolehi dan dapat daripada video sebentar tadi?
Pasti berjoget-joget sakan anda semua melihat video itu, bukan?
Anda masih terdapat kekeliruan?? Jika ya,,jom kita selami pula videoseterusnya... Tadaaaa!!!
Nampaknya,,anda telah mula memahami apa yang cuba disampaikan daripada video-video sebentar tadi.
TETAPI
sila dengar dahulu pernyataan yang ingin saya sampaikan ini dan sila menjawabnya.
"Sebuah kotak mengandungi 6 botol minuman. Jika Kilang Minuman Sedap mengeluarkan 950 kotak itu, berapa botol air minumankah semuanya yang dikeluarkan oleh kilang itu dalam masa satu hari?"
JOM FAHAM!!!
Operasi darab adalah operasi yang menyelesaikan dua nomboruntukmenghasilkan satu nombor tertentu. Operasi darab juga adalah jalan rentas bagi penambahan berulang.
Contoh 1Sistem komputer Cik Hani boleh mencetak 64 210 perkataan dalam satuminit. Berapa patah perkataan yang dapat dicetakkan dalam masa 8 minit?
CARA PENYELESAIAN
6 4 2 1 0 X 8
Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
hasil darabnya
Contoh 2:Seutas rantai ada 43 biji manik. Berapa biji manikkah yang diperlukan untuk membuat 8107 utas rantai?
8 1 0 7 X 4 3
Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
i) Apabila mendarab satu nombor dengan nombor 2 digit proses mendarabnya adalah 2 kali.
ii) Darabkan nombor itu dengan angka sa 3 dahulu. Kemudian darabkan dengan angka puluh 4
iii) Jumlahkan kedua-dua hasil darab.
.
ok sekarang mari uji tahap kefahaman anda semua =')
200 x 18 =
75 x 125 =
621 x 97 =
836 x 92 =
43 x 311 =
Di dalam sebuah kilang membuat cawan,bilangan pekerja dalam masa sehari ialah 97 orang. Setiap pekerja dikehendaki menyiapkan sebanyak 127 biji cawan. Berapakah biji cawan yang mampu dihasilkan oleh kilang tersebut dalam masa sehari?